Khamis, 8 September 2011

hayatilah...


*KASIH SEORANG TEMAN*
Rakan?
Apa gunanya rakan ,kalau membencimu…
Apa gunanya rakan ,kalau mengkhianatimu…
Apa gunanya rakan ,kalau tidak menghargaimu…

Rakan?
Mengapa perlu wujudnya rakan seperti ini,
Rakan yang dilahirkan ,seperti ada udang di sebalik batu,
Yang sering merendahkan kehormatan diriku ini,
Yang bisa hadir dan pergi bagai peluru…

Wahai kau yang digelar rakan…
Kau ku ibaratkan sebagai permata,
Yang ku tatang bagai minyak yang penuh,
Yang ku sentiasa disampingmu tanpa rasa terseksa,
Dan ku buang erti rasa jenuh…

Mengapa?
Perlukah kau mempermainkan hati kecilku ini,,
Perlukah kau menjadi orang yang tidak menghiraukan perasaanku,
Kau!!!ku hanya anggap seorang manusia yang pentingkan diri,
Kau yang telah menyelamkan bara panas ke dalam diriku…

Kau bukan rakanku,
Kau ditakdirkan hanya untuk menghancurkan nasibku,
Ku pohon hanya satu,
Memikirkan kesalahanmu yang lalu…

Hujan mula membasahi pipiku,
Menangisi kelamahan diriku,
Yang dahagakan seseorang yang mampu menghargaiku,
Yang bisa mencurahkan kasih kepadaku…

Rabu;7 sept 2011
8.45am;waktu jawab exam bm kertas1
- buat sendiri , x maen la copy-2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan