Rabu, 26 Oktober 2011

bahasa

salam awak!
bahasa ? kita sudah sedia maklum bahawa Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Akan tetapi , mengapa perlu bahasa ini dipinggirkan? Mengapa tidak diketengahkan? Tidak salah bukan jikalau, kita menggunakan bahasa dengan betul . Termasuk struktur ayat mahupun perkataan yang tepat. Bukan sahaja kita dapat membantu masyarakat yang menghadapi masalah penggunaan tatabahasa mereka yang kurang memuaskan , malah kita dapat menguatkan lagi daya ingatan kita agar lebih memahami konsep sebenar tatabahasa yang betul serta dapat bertutur kata dengan lancar dengan masyarakat sekeliling. Mudah bukan? Setiap individu mesti ada pegangan hidup bagi melengkapi sesuatu bukan? Sebelum melakukan sesuatu yang boleh dimanfaatkan kepada duniawi pasti kita perlu bermula dengan bahasa. Tidakah anda sekalian berfikir mengapa penduduk di negara jepun serta korea lebih maju berbanding kita? Padahal , sekalian maklum mengetahui bahawa mereka hanya memartabatkan bahasa mereka sahaja. Mengapa tidak kita? Jika bukan kita ? siapa? Oleh itu , tidak salah jika kita menggunakan bahasa lain sebagai perantaraan. Bahkan kita juga digalakkannya agar dapat mengembangkan ekonomi semasa. Justeru , saya menyeru semua warganegara Malaysia berganding bahu dalam mermartabatkan bahasa kita di persara dunia. Perpatah mengatakan “ berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”

nak puisi sikit bole??
jangan kutuk taw.. secara tetibe je ni


    wahai anak jati tanah melayu,
kalian bagaikan kain yang lebar,
mencorak masa depan agar bersatu,
memikul tanggungjawab yang besar... 


aik ! teruk sikit.. tak pe janji faham suda kan?



*hehehe~  fiqa tiba-2 dapat ilham nak tulis cam ni.. sory, bahasa fiqa pun tonggang- langgang gak..  :P
*don’t follow like me k!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan